Thursday, 2 April 2020

Rasa ini hanya Dia yang tahu
Jika pilihan di tangan
Tak ingin ku rasakan
Tapi bukan aku yang menentukan
Hanya mampu bertahan dan terus berjalan

Aku tak mampu memaksa
Untuk dia turut merasa
Aku dah berusaha
Kini ku sandarkan pada Yang Esa

Mampukah ku hadapi kehilangan lagi
Aku sendiri tak pasti
Tapi aku yakin pelangi pasti muncul
Selepas hujan yang berpanjangan

Tiada apa mampu kulakukan
Kerana aku bukan Tuhan
Tapi aku pasti ada kekuatan hadir
Selepas setiap ujian

ku simpan segalanya dalam doa
Sampai aku terlupa sendiri
Untuk menyebutnya lagi


Tuesday, 24 March 2020

Hari tanpa mu
Takkan indah seperti selalu
Tapi
Bukan penghalang cita-cita dan impianku

Hari tanpamu
Takkan ceria seperti selalu
Tapi
Aku takkan berhenti mengalah
Menggapai segala mahuku

Kau tiada di sisi
Tapi kata-katamu akan kekal kuingati
Sebagai motivasi
Untuk membina diri

Kau tiada di sini
Tapi sentiasa ada di hati
Kekal dalam doa setiap hari
Mungkin nanti kita akan bersatu kembali

Kau pergi
Tiada daya untuk menghalang
Tiada upaya untuk mengengkang
Tapi
Aku akan kekal di sini
Berharap pada pemilik hati
Agar kau berpaling semula ke sini

Sunday, 18 January 2015

Ibarat semalam semua berlaku.. Semuanya masih bermain-main di mindaku... Jujur aku katakan, aku cemburu apabila melihat mana-mana keluarga berkumpul.. Aku cemburu saat teman-temanku menerima panggilan dari ibu atau bapa... Dan paling aku kesali, aku tak sempat menabur bakti buat mereka..Mungkin kerana waktu aku terlalu mentah untuk menilai kasih sayang mak dan ayah.. Bukan aku tak sayang cuma aku tak panadai nak tunjukkan semua itu dulu terutama pada ayah.. Dan aku selalu terfikir bagaimana rupanya hari bahagiaku tanpa mak di sisi, tanpa ayah sebagai wali dan yoep..

Aku selalu terfikir.. "Kalau mak dan ayah masih ada, mesti aku tak jadi macam ni". Adakah itu bermaksud aku menyalahkan takdir? Entahlah.. Yang pasti, aku cuba untuk kuat mengharungi hidup tanpa mereka.. Orang sekeliling sering lihat aku sebagai seorang yang kuat tapi rapuhnya hati aku, hanya Dia yang tahu. dan Alhamdulillah, Dia yang beri aku kekuatan untuk terus bertahan... 

Tuesday, 30 December 2014

First paper

Today is my paper for this sem.. Aaaaah... I wish I could hear her voice before entering the hall.
The person I miss the most. Once, I cried before the add math exam because I afraid I can't answer the question. But, she was there, motivate me.. Encourage me to do my best. I wish she would be here today. But, she won't.

Mak, even you are not here today by my side, you always inside my heart. One day, we will gather once again.. With Ayah and Yop.. We all be all together again..

My friends, you are so lucky if you still have chance to hear your parents voice today, Grab your phone and ask for their blessings.Tell them to pray for you.. Because one day, maybe you won't able to do that anymore

#AlFatihah to MAK, AYAH n YOP

Sunday, 28 December 2014

Sabar

Sabarlah wahai hati..
Tak kira apa yang mendatang..
Walau ribut taufan sekalipun...
Teruslah bersabar..

Sabarlah wahai hati..
Walau tiada bahu untuk bersandar..
Walau tiada yang sudi mendengar..
Walau tiada dahan untuk berpaut...
Teruslah bersabar..

Sabarlah wahai hati..
Walau seperit mana kau rasai..
Walau pedihnya ibarat dihiris sembilu..
Walau sakitnya tak siapa yang tahu..
Teruslah bersabar...

Sabarlah wahai hati..
kerana kita masih punya tempat bersujud..
kerana kita masih punya tempat mengadu..
Hanya pada Dia..
kita bergantung harap...
Teruslah bersabar sehingga akhir waktu..
Kerana ku yakin Dia tidak kejam pada kita....

Sunday, 8 June 2014

Kebahagiaan

Semua orang ingin bahagia.. Tapi apakah sebenarnya erti bahagia?? Bahagia tu satu perkara yang subjektif. Setiap orang pasti ada pandangan berbeza ttg erti bahagia itu sendiri.. Bagi setengah orang,hanya dengan makan boleh buat dia bahagia.. Bersama dengan kawan pun boleh jadi perkara yg bahagia.. Kerana bahagia itu subjektif.

Bahagia bagi aku adalah bersama mereka yang aku sayang.. Walaupun Allah pinjamkan mereka hanya buat seketika, aku tetap bahagia.. Kenangan itu takkan pernah aku lupakan.. Mereka takkan pernah lput dari ingatan aku dan sentiasa tersemat di hati aku. Aku akui hidupku terasa kosong tanpa mereka. Terlalu sepi tanpa kehadiran mereka.. Tapi apalah dayaku melawan takdir Allah.

Kerana aku tahu



dan


Yang penting aku harus sentiasa positif dan sentiasa percaya pada Allah... Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya...Keep calm and move forward.. Allah is always with me





Thursday, 13 February 2014

You Get What You Deserve

Dalam hidup ini kita akan dapat seperti apa yang kita usaha..Tak ada sesiapa yang akan dapat ubah nasib kita selain kita. Mudahkan? Kalau nak berjaya, kena lah usaha.. InsyaAllah segala usaha kita akan dibalas dengan setimpalnya. 



Sentiasa berpegang pada prinsip ini
|
|
|

Tapi kalau dah usaha, tapi tak dapat hasil setimpal.. Jangan pernah mengalah.. Sentiasa percaya kepada Allah.. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Allah takkan pernah mengecewakan hambanya. 

Apa yang dah lepas memang takkan kembali. Mungkin akan terselit rasa penyesalan tapi apalah erti penyesalan tanpa tindakan. Sia-sia sahaja menangis berbaldi-baldi di saat menghadapi kegagalan kalau kita masih di tahap yang sama.. Tanamkan azam dalam.. Jadikan hari ini lebih dari semalam

dan yang paling penting..

because




:)